MESYUARAT PERMUAFAKATAN PKG KALI-2
PKG Kuala Pilah telah bermesyuarat buat kali kedua pada 4 Ogos 2010 bersama dengan Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli. Banyak perkara-perkara telah diperbincangkan termasuklah yang berkaitan dengan hala tuju BTP 2011-2015 dalam peningkatan Pembestarian Sekolah.
PENGISIAN DATA I-NILAM ONLINE
Pusat Kegiatan Guru Kuala Pilah telah mengadakan Bengkel Pengisian Data I-Nilam secara Online pada 3 Ogos 2010 di Makmal Sekolah Rendah Tunku Kurshiah. PKG Kuala Pilah Mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En.Mohd Aris dari BTPN Negeri Sembilan kerana membantu ahli-anli PKG Kuala Pilah dalam mengisi data I-Nilam. Ucapan terima kasih juga kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Kurshiah kerana membenarkan PKG menggunakan makmal sekolah tersebut.
PENGISIAN DATA SECARA ONLINE OLEH SEKOLAH
Sekolah-sekolah adalah diminta mengisi data secara online kepada beberapa perkara yang berikut:
STS
http://sts.moe.edu.my/index.php
User ID: Kod Sekolah
Password: Kod Sekolah
Maklumat: Data perlu diisi apabila didapati masalah komputer di sekolah dan perlu ditutup setelah pembaikan dibuat oleh pihak Vendor.
SPPICTS
http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
User: Kod Sekolah
Password: 123
Maklumat: Setiap sekolah perlu mengisi data dalam TIGA peringkat iaitu mulai bulan Mac, Jun dan September. Tarikh akan diberitahu melalui surat.
SSQS
http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
User: Kod Sekolah
Password: 123
Maklumat: Setiap sekolah perlu mengisi data sebanyak 62 responden yang terdiri dari kalangan murid, guru mata pelajaran dan pentadbir sekolah. Mula dibuka pada bulan Julai.
IQPSS
http://btp.tarantula.my/index.php
User: No Kad Pengenalan Guru GPM
Password: 999
Maklumat: Guru GPM perlu mengisi data-data Pusat Sumber Sekolah mulai bulan Julai.
INILAM
http://btp.tarantula.my/system_i-nilam
User: Kad Pengenalan Guru GPM
Password: 999
Maklumat: Guru NILAM perlu mengisi data-data Pusat Sumber Sekolah mulai bulan Julai.
Bengkel Pembinaan Blog Pembelajaran
Bengkel Pembinaan Blog Pembelajaran khusus kepada Guru ICT atau Juruteknik Komputer sekolah telah diadakan dia Pusat Kegiatan Guru Kuala Pilah pada 29 Jun 2010. Mereka telah di dedahkan dengan cara-cara pembinaan blog untuk Panitia Matapelajaran. En. Shafie bin Diron dari PTP PKG Johol telah menyampaikan ceramah beliau. Bengkel ini diadakan selama satu hari.
Bengkel Oracle Think Quest Daerah Kuala Pilah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Kuala Pilah telah mengadakan bengkel ThinkQuest selama sehari. Seramai 17 orang guru terlibat di kawasan Kuala Pilah. Puan Anita serta JU yang telah dilantik telah melaksanakan bengkel tersebut dengan jayanya.
Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 2010
Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengadakan satu perhimpunan Hari Guru di padang Majlis Perbandaran Seremban pada 26 Jun 2010 jam 8.00 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Seramai 16,000 orang guru di seluruh Negeri Sembilan telah dijemput hadir dalam majlis tersebut. Bagi memeriahkan majlis tersebut, majlis telah mengundang penyanyi terkenal Mawi dalam salah satu acara tersebut. Tokoh guru peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2009 ialah Pn.Salmah bt Haji.Abdul Samad bekas SK Senaling yang terkenal dengan jurulatih Bola Jaring.
PEMANTAUAN PEMASANGAN RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT
Pihak Pusat Kegiatan Guru Kawasan Kuala Pilah telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan pemasangan rangkaian di beberapa buah makmal di kawasan PKG. Antara sekolah yang terlibat adalah SM Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah, SK Tunku Munawir, SM Tuanku Muhammad, SK Kuala Pilah dan SK Tunku Kurshiah. Syarikat CNN System (M) Sdn. Bhd dalam proses pemasangan di sekolah-sekolah yang berkenaan.
KUTIPAN DATA SPPICTS 2010
Tarikh kutipan data Pemantauan Inisiatif ICT di Sekolah bagi 2010 telah ditetapkan seperti berikut :
Kutipan Pertama : 21 Mac sehingga 09 April 2010
Kutipan Kedua : 20 Jun sehingga 09 Julai 2010
Kutipan Ketiga : 19 September sehingga 08 Oktober 2010
Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online untuk mendapat makluman terkini dan muat turun manual pengguna.
http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php


